Tuesday, 14 November 2017

Pilu yang di rindui

Kerinduan dalam keadaan pilu,

Rasa pilu yang menerbitkan kerinduan 
Jauh dalam titik hati
Terbit bersama jiwa dan di tipu airmata
Hidung merah mengalir bersama
Sedu sedan jiwa merengkam
Dakap erat bantal 
Lena dalam diam

Sunday, 22 October 2017

Kita Umpama Sehelai Daun







ita umpama sehelai daun
bertunas segar di hujung ranting
lalu melebar dan merimbun
tempat bercanda unggas meriang
di bawah redup berbayang mentari


Andai kikir jasa dan bakti
dimana lagi tempat bernaung
dari tusukan bahang memijar
unggas kecil tidak berkudrat

Kita umpama sehelai daun
bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupayaan diri
sehingga lupa makhluk duafa
ingin bernaung mencari hidup

Jadilah sehelai daun
hijau menunas menyegar mata
kering gugur menjadi baja 

Smahadzir
(Komsas Tingkatan 1)

Wednesday, 31 May 2017

Ramadhan 1438h - May 2017







Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.  
{Surah Al-Baqarah 2:183}

Monday, 6 March 2017

Penipu yang disanjung?

"Dah tahu dia tu penipu! muka dia pun muka penipu! Yang kamu cerdik pandai boleh kena tipu dengan dia tu kenapa??! kamu tu yang BODOH!" ABDUL WAHUB IBN ISMETH ULAM RAJA-Filem Tiga Abdul

Untuk kenangan MALAYSIA hari ini, Mereka tahu mereka ditipu tapi masih menyanjung si penipu, Apakah maruah melayu dah hilang?.. Atau masih ingin keselesaan yang seketika, Pura-pura berada tetapi kedana, Takut susah wahal memang dah susah. Mereka ditipu oleh pandangan. Pandangan palsu yang mereka sendiri tahu..... LEMAHHHH............. piuhhh 


"aku juga tergolong dikalangan orang-orang yang lemah"

Tuesday, 21 February 2017

Mengkalu boleh nak berpantun jer

Hanyut rakit batu tenggelam,
Minyak ada berbuli-buli;
Matahari sakit bulan demam,
Itulah tanda dunia tak suci..

Orang Lengging membuat rakit,
Rakit dibuat kayu nyatuh;
Biarlah anjing menyalak bukit,
Bukit tetap tidakkan runtuh.

Batu Berendam Batu Kurau,
Batu Lesung Batu Rakit;
Rindu dendam bawa bergurau,
 Bawa termenung jadi penyakit.

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.

Patah atap kerana buluh,
Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh,
Namun undur pantang sekali.


Monday, 23 January 2017

Nyaman

Rileks jap

 Merasai suasana nikmat yang diberikan,