Tulisan ini adalah hak sendirian, Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kalian yang membacanya. Segala penulisan adalah luahan pemilik akaun dan untuk pemilik akaun sahaja,
Wednesday, 4 September 2019
Rindu yang tak dapat dimiliki..
Dah 17 tahun tak rasa perasaan ini.. Tiba² ia hadir dalam mimpi. Mimpi yang berulang² dan bersambung².
Mimpi mencari 4 sahabat yang hilang, berulang hampir setiap minggu. Hingga satu hari jumpa seorang gadis ni yang lemah lembut tutur katanya. Dia menemani aku hampir tiap minggu dalam mimpi mencari 4 sahabat ni. Membonceng bersama, bercakap², berbual biasa bagi aku. Ronda bersama-sama teman moto yang lain. Tiap kali mimpi mesti lalu jalan yang sama hampir setiap minggu. Lalu aku katakan padanya 'bukankah jalan ni kita pernah lalu, tidak pernah pula jumpa teman aku'. Dia cakap"ya abanggg". Aku tergamam sambil toleh kebelakang aku cakap "kenapa panggil abang"?. Tiba-tiba wajah dia berubah makin sayu "maafkan saya, saya terlepas cakap" pendam dan airmata bergenang. Masa itu pula bila aku toleh dihadapan balik tiba-tiba ada batu besar menghalang jalan. Aku berhenti sama dengan teman-teman moto aku. Gadis tu turun, aku turun kelihatan ada lubang besar yang muat untuk terjun bersama² moto. Itu yang terjadi teman moto aku terlajak terus masuk lubang yang amat dalam tu. Entah macam mana keluar pulak dua dari pauda sahabat aku yang hilang dari lubang tu, termasuk kawan yang terjun dengan moto. Aku ketawa dan hairan dalam masa yang sama. Kemudian kawan moto aku cuit dari belakang, bagi isyarat gadis yang aku bawa itu menagis, aku tak ambil kisah sebab masih hairan dua dari sahabat aku yang hilang bila keluar dari lubang terus cakap jom balik dan berlalu pergi cam tu saja. Aku terus tertanya betul ke ini sahabat aku yang aku cari?. Aku kenal tapi tak pernah rapat? kenapa mereka? siapa sahabat aku yang sebenarnya aku cari? berminggu² mimpi yang sama, bila jumpa macam tiada apa² pun?.
Gadis tu?... ya gadis tu menagis berundur dengan perlahan² dan menghilang. Yang tinggal hanya perasaan itu, Perasaan rindu yang tak dapat dimiliki. Bukan perasaan aku, tapi perasaan dia yang aku rasa hingga terbawa hingga aku sedar dari tidur. Betapa sayu, sedih, malu pada masa yang sama. Terlepas dari hati yang dipendam menagis dia dalam diam.
Bila aku sedar balik perasaan itu pernah dirasai waktu lama dahulu. Bila ramai sangat kawan² dan gadis yang berkawan dengan aku luahkan perasaan mereka dengan cara terlepas cakap. Bartahun-tahun berkawan bila terlepas cakap suasana kawan dah berubah, Aku dan dia pun berubah, bila cakap sikit ada yang menagis, pandangan pun dah lain. Ya la macam orang bertepuk sebelah tangan. Malu, segan, control pergaulan, mula rasa malu-malu untuk bersuara deras, mula tertib tak tentu hala..
Haaaaaaa tarik nafas panjangggg dan lepassss. itu jer perasaan aku
Hahahahahahaha....
Subscribe to:
Posts (Atom)